Tuesday 16 August 2011

Salam Lebaran



Setelah setengah bulan berpuasa kini suasana Lebaran semakin terasa. Masing-masing sibuk dengan shopping raya, membeli pakaian anak-anak dan seisi keluarga, kelengkapan rumah spt perabot baru, langsir baru, bekas kuih baru dan lain2 yang serba baru. Itu bagi yang berkemampuan la. Yang kurang berkemampuan cukup sekadar membeli ape yang patut sahaja untuk keperluan di pagi syawal.Tidak ketinggalan juga di kala inilah ramai suri2 sibuk membuat kuih raya. Pelbagai kuih muih ingin dihidangkan pada Syawal yang akan kunjung tiba. Bagi yang berkesempatan, inilah masanya untuk mengasah bakat setelah setahun berlalu.

Bagi diriku, setelah agak lama tidak mengasah bakat (last buat kuih raya tahun 2006), lebaran kali ini aku bertekad untuk membuat beberapa jenis kuih raya yang pastinya menjadi kesukaan keluarga. Walaupun begitu, kuih raya tunjuk2 juga masih menjadi pilihan. Kerepek2 adalah salah satu kuih tunjuk2 yang pasti dibeli untuk dihidangkan kepada tetamu. 

Moga harapanku untuk membuat kuih yang diangankan (almond london + biskut coklat chip) akan tertunai jua..