Thursday 13 October 2011

Pra Rombongan Tadika ke Kuala Gandah (Part: Belum Pergi Lagi)

Pada hari Ahad ni (16 Okt. 2011), Sekolah Tadika FeeQa akan mengadakan rombongan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. 

FeeQa sekeluarga akan pergi ke sana seawal pukul 7 pagi (kalau ikut jadual la). Beberapa hari ni, bangun je tido FeeQa asik tanya pasal "melawat gajah je". "Ibu.. bila kita nak melawat gajah?"... Tak tahan dah ibu nak menjawab tiap2 hari soalan yang sama je yang ditanya. Selagi tak pergi macam tu la dia. Jangan pulak nanti dah nampak gajah, menangis...

Cerita pasal nak melawat Pusat Konservasi Gajah ni, bukan saje FeeQa yang teruja, Ibu pun sama gak. Sama2 dok menghitung hari nak ke sana. Harap2 perjalanan ke sana nanti berjalan lancar dan tiada aral melintang. 

Sambil2 ibu dok serve internet ni, saja la ibu servey2 pasal  Pusat Konservasi Gajah ni. Kat sini ibu dh paste sedikit maklumat untuk dikongsi bersama untuk yang bakal ke sana. 
(maklumat didapati daripada laman web: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah)




Ke Kuala Gandah

Sebelum mengunjungi pusat ini, anda digalakkan menelefon pihak kami untuk memudahkan urusan lawatan dan mengetahui sama ada pusat kami boleh menampung lawatan anda terutamanya jika anda disertai oleh rombongan yang besar.

Sila bawa pakaian persalinan jika anda ingin mengambil bahagian dalam aktiviti bersama gajah seperti berenang dan mandi bersama gajah di dalam sungai.

Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Semoga anda semua ceria dan gembira di atas kunjungan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

Sokongan dan Sumbangan Anda Diperlukan
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dibiayai oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Berbagai usaha dijalankan secara berterusan untuk mempertingkatkan kemudahan sedia ada samaada untuk penyelidikan dan pembangunan atau untuk pelawat ke pusat ini. Jabatan PERHILITAN berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan pusat ini sebagai pusat latihan dan konservasi gajah yang terkenal di rantau ini. Apa jua jenis bantuan dan sokongan amat dihargai.

Anda boleh membuat pertanyaan tentang bagaimana anda boleh membantu dan membuat sumbangan secara langsung dengan kakitangan pusat. Jabatan PERHILITAN telah menubuhkan Tabung Amanah Gajah bagi membolehkan sumbangan ditabungkan. Segala pertanyaan boleh dimajukan kepada kakitangan pusat atau diposkan kepada :

Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 09-279 0391
Faks: 03-279 0398


Pelawat digalakkan menyertai aktiviti yang akan bermula pada pukul 2.00 petang.


Jadual Aktiviti Pelawat

Masa
 Aktiviti
 2.15 petang
 MENUNGGANG GAJAH:
 Pelawat berpeluang menunggang gajah disekitar pusat ini.
 2.30 petang
 MANDI GAJAH:
 Pelawat boleh berenang dan mandi bersama gajah di sungai di bawah  pengawasan petugas.
 3.30 petang
 MEMBERI MAKANAN:
 Pelawat boleh membantu memberi makanan kepada gajah seperti pisang,  betik dll.
 3.45 petang
 VIDEO:
 Pelawat digalakkan menonton dokumentari mengenai proses pemindahan  semula gajah liar.