Thursday 31 March 2011

Dinda dah beria ria

Suka pulak dengar lagu Atilia & Monoloque tu... apetah tajuk dia. Lupa la pulak. Macam ade sikit sikit persamaan je ngan kisah aku senikata lagu tu.

 Eh... part yg "kanda dah beria ria" tu aku patut tukar la.. jadikan "dinda dah beria ria" ..
Feeqa pun dah nak masuk 4 tahun  x lama lagi.. Sesuai sgt2 la. Moga tuhan akan makbulkan doa ku yg 1 ni.. Aminnnn...

Wednesday 30 March 2011

HALIMAH JONGANG - EDDIE HAMID



Malam ni aku nak layannnnn cerita Halimah Jongang. Cerita ni adalah salah satu cerita feberet kami kami sekeluarga.. kepada yang belum pernah menonton, try la sekali pasti anda akan suka... dan suka suka suka... =)

Segmen: Deco Deco Beng Beng Boong !



Ptg tadi bila tgok2 kat blog mamajuepapamimistory saya terlihat la segmen deco deco beng beng boong ! ni anjuran En. Ben Ashaari. Segmen ni memang sesuai sangatlah buat blogger blogger baru seperti saya. Inilah masanya untuk saya mencari kawan kawan baru. Semoga ada yang sudi menjadi kawan... Hehe






SAYA SUDAH CUNKAN BLOG SAYA !  SILA LA SINGGAH KAWAN KAWAN !

Tuesday 29 March 2011

Main Masak2 with Aunt Noyo

Rasa cam nak makan Chiken Chop la. Nak makan kat kedai, ayah FeeQa asik sibuk je.. Malam dah malas nak keluar. penat katanya. Apekata klo belajar buat sendiri.Dapat makan banyak sikit hehehe
..
Dah lama sebenarnya nak belajar buat Chicken Chop tapi  takde masa nak buat. Kebetulan ada Aunt Noyo (bkn nama sebanar) baru balik dari KL.. Apelagi.. cepat2 booking time nak buat. After balik keje, kami pun mulalah menyediakan kelengkapan & bahan2 (dah beli siap2 tengahari tadi) yang diperlukan.

Antara bahan2  digunakan utk membuat Sos & Salad



Ayam dicelupkan ke dalam Telur & Serbuk Roti


Dah Siap Celup Telur & Serbuk Roti
Tunggu sat lagi..  Minyak belum panas la.



Goreng Ayam dalam minyak yang banyak dengan api yang kecik supaya isinya betul2 masak




Ayam sudah siap goreng.. Mana sosnya Aunt Noyo??
FeeQa dah tak sabar ni :)




Sos
(Bawang Putih + Mentega + Cendawan Butang + Sos Lada Hitam)





Finally siap jugak dinner kami sekeluarga
Sedap Hingga Menjilat Jari

Horeyyyyyyyyyy... dah pandai buat!!
FeeQa: Pandainya Ibu & Aunt Noyo masak Chicken Chop. Lain kali buat lagi ye Ibu...  =)

P/s: Terima Acih Aunt Noyo kerana sudi mengajar Ibu.


Saturday 26 March 2011

Nak cerita pasal ape ye..??




Apa ke bendanya ni?.. Siapa boleh teka?...tak tau ye.. Ha inilah dia Mesin Dialisis. Masih tak tau lagi.. 
Ok.. n3 kali saya nak cerita pasal Dialisis. Harap kawan-kawan semua dapat memahami serba sedikit mengenai Dialisis.

Mesin Dialisis ni digunakan oleh pesakit buah pinggang kronik yang mana kedua-dua buah pinggangnya (ginjal) telah rosak dan tidak dapat berfungsi lagi.

Fungsi Buah Pinggang:

1.  Membersihkan bahan dan cecair berlebihan dari dalan darah
2.   Menapis darah, menyimpan setengah-setengah kompaun dan membuangkan yang lain
3.   menolong memperbetulkan tekanan darah, menentukan bilangan sel darah dan kesihatan tulang-tulang

So mereka yang tidak bernasib baik ni terpaksalah menjalani proses mencuci darah di pusat dialisis yang berdekatan. Dalam seminggu, pesakit tersebut perlu menjalani proses mencuci darah sebanyak 3 kali secara rutin. Sebulan bersamaan dengan 12 kali.


Mesin dan Kerusi Dialisis

Semasa proses ini dijalankan, pesakit akan duduk di kerusi khas ini (ada tempat letak kaki) sehingga proses ini selesai iaitu selama 4 jam. Lama tu... cuba bayangkan camne perasaan pesakit tu. Bosan, mengantuk, jemu.. semua ada. Kesian mereka kan..




Dialyzer @ Buah Pinggang Palsu 
(berfungsi menggantikan Buah Pinggang asal)



Antara alat pakai buang yang diperlukan semasa proses dialisis dijalankan.

*Syringe
*Normal Seline-air dlm botol tu,
 *AVF Needle (besar ooo jarum ni)
*Set Haemo pack
dll...


Ok ini saje yang dapat dikongsi bersama. ikutkan banyak lagi yang nak dikongsi tetapi biarlah kawan-kawan merujuk kepada yang lebih arif. 

Tau ke kenapa saya berkongsi n3 ni? saya sebenarnya adalah salah seorang kakitangan pekerja dialisis. tapi jangan salah faham. Saya bukan jururawat tetapi cuma kakitangan di bahagian pengurusan di sebuah pusat dialisis.


-Sayangilah Buah Pinggang @ Ginjal Kita-



Friday 25 March 2011

Demi Masa

Demi Masa.. Lagu dari Kumpulan Raihan. Lagu ni aku baru je dengar kat radio tadi. Lagu ni bila dengar betul-betul rasa takut pulak.. Takut pada Pencipta Yang Satu...Ya Allah... bila mengenangkan kadang-kadang aku terlalai seketika. Jom kita hayati lirik lagu ni. Semoga ia memberi panduan yang berguna kepada kita semua.. 


Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Feeqa Oh Feeqa


     Hari ni aku nak citer pasal Feeqa. My little one tu laaaa...
Semenjak aku hantar dia ke sekolah (baru tadika) ni, dia dah pandai demand.. demand pasal barang-barang yang aku dah beli kat dia. Nak jadikan citer, semalam aku pergi la ke pasaraya. Round sana.. round sini.. cmne tah aku boleh sampai ke bahagian peralatan sekolah@pejabat. Sambil tengok-tengok, tangan ni tetiba je gatal pegang colour pencil.. Punyer la banyak jenis colour kat situ. Macam-macam jenama. tapi hati aku dah terpikat pada yg satu ni.

     Ni kalau beli kat Feeqa mesti dia suka (kata kat dalam hati). Aku pun apelagi terus sambar 1 dan ambik 1 sharpener yg ade dekat-dekat situ. Semua barang tu aku beli bukan untuk membazir tapi untuk melatih anak aku tu supaya rajin belajar & suka dengan buku..



 Inilah colour tu.. Brand Faber Castell. Aku memang suka brand ni sejak zaman aku sekolah lagi...





yang ni pulak sharpener.. Nampak macam mainan kan..
So cute =)





Ni Exercise Book Feeqa kat rumah. Baru 2 Minggu Ayah dia beli tapi nampak macam dah sebulan.
 Feeqa... Feeqa...





Ini koleksi Ruler kesayangan Feeqa. Comel kan?
Aku beli ruler ni secara tak sengaja bila aku beli Nutrigen. Beli Nutrigen dapat percuma ruler ni. 
Nanti aku nak pergi beli lagi.. :p





**Feeqa dengan homeworknya**

"Kalau kakak rajin nanti kakak boleh beli keta besar kan Ibu?"
(kata-kata Feeqa bila aku suruh buat homework)
Semoga berjaya dengan cita-cita mu itu sayanggggg.. 


Thursday 24 March 2011

Menu Tengahari Tadi

Dalam terkocoh-kocoh nak pegi pasar, nak ambik anak balik sekolah, sempat lagi aku siapkan sajian tengari kami. Bukan beli dari kedai yer...

 Nak tau ape menunya.. 


V


V



V



Masak Lemak Udang+Kacang Buncis


Ada lagi..


V



V
Ikan Goreng yang garing =)


dan tak ketinggalan penambah selera


V


V

Sambal Belacan+tomato


ermmmmmm yumy..yumy


Alhamdulillah... kenyang perut setelah menikmati hidangan yang tak seberapa ni, tapi yang pasti fresh dari dapurku :)

Monday 21 March 2011

Hadiah Untuk Bakal Pengantin

Adoiii... pening kepala dibuatnya.,serabut pun ade..mana taknye, kawan nak kawin. Kawan tu pulak siap pos lagi kad kahwin ajak datang masa majlis dia nanti. Tak cukup dengan tu, tag dekat facebook la, chatt dekat YM la.Dah la tak dapat nak datang masa majlis tu nanti. aiyooo... segan rasanya kalau tak hulurkan hadiah.

Sebut pasal hadiah perkahwinan ni, apa yang penting sekali ialah mengenai "budget". Ok utk hadiah kali ni budgetnya agak ciput. Maklum la belum gaji sedangkan aku nak kena beli awal. Yalah.. dia duduk nun di negeri adat. Nak kata jauh tu  memang agak jauh jugak la sebab perjalanan pun ambik masa selama 3 jam lebih jugak kot. Nak kena pos pulak tu. Kalau dekat2 rasanya dah kirim je ngan kengkawan yang lain. 

Oleh kerana budget yang ciput tu la yang menyebabkan aku pening nak cari hadiah ni. Hadiah tu mestilah yang cantik, menarik,tak mahal dan tahan lama. Susah tu nak cari yang sesuai tapi demi kawan merangkap adik yg sorang tu akan kuusahakan yang termampu. Harap2 dia terima dengan hati yang gembira.



taraaaaa...



inilah hadiah yang bikin kepalaku pusing hehe...
Isinya? hoho.. mana boleh bagitau

Lempeng vs Sambal Tumis Sardin



                          Menu sarapan pagi utk hari esok... Lempeng vs Sambal Tumis Sardin.

Hahaha... cm dh xde menu lain nk post kt blog. Semua org tentunya biasa sgt dengan lempeng.. setakat ni saya cuma tau 2 jenis je. 1. Lempeng Kelapa (nyior)  & 2. Lempeng Tepung. Walaupun tau dua jenis tu tp setakat ni cuma lempeng kelapa je yg saya penah buat (kira2 menjadi la sbb hubby kata sedap!). Tp yg 1 lagi tu x penah lagi cuba. Cuba makan dah la.. tp cuba buat x lagi.. ha ni nak buat la ni.. cewahhhh.....

First time makan lempeng tepung ni masa dok umah mak mertua.. mula2 tgok mak mertua & adik ipar buat  mcm x best je.. tp bil adh pekena ngan sambal ikan bilis cili api... fuhhhhhhhhhhhhhhh terangkat beb. Walaupun suka mkn tp x juga cuba nak buat.. Skrg dh x dok ngan mak mertua mula la teringat2 nak makan. Tanya punye tanya, servey punye servey akhirnya dpt la resepi die cmne... senang sgt. antara malas ngan rajin je.  Pada yang mau mencuba... sila2 la.

Bahan-bahan ( 3 keping )
·         1 cawan tepung gandum
·         1 cawan air
·         1/2 st garam
·         minyak masak (sapu atas kuali)

  1. Tepung gandum, air & garam masukkan dalam blender. Kisar sampai tepung tak berketul. 
  2. Panaskan kuali/ non stick pan. Letakkan sikit minyak masak, ambil sesenduk adunan dan ratakan. Masak dengan api slow. Bila dah masak, balikkan yg sebelah bawah pula.
  3. Bila dah agak kekuningan bolehlah angkat. Siap utk dimakan dgn sardin cili api :)


Dulu Tecik Sangat...

Salam perkenalan kepada semua... Saya ni org baru berkecimpung dalam "blog2 ni." Kalau tak sebab MamaJue.. rasanya berkurun lagi idea utk hasilkan blog sendiri ni tersimpan rapi. Al-maklum la  bukan  teror sgt nak create benda alah ni. Walau bagaimanapun terhasil jugak la blog yang tak seberapa ni.. Toche MamaJue..

Panjang pulak mukadimah.. mesti semua bole agak gambar baby tu kan.. Ya...betul la tu gambar anak saya. Nama dia Nurin Rafiqah tp kami semua panggil Feeqa je.. ade jugak yg panggil Nurin. Mana2 la.. janji nama tu masih sama ngan nama asal dia..

Cerita pasal Feeqa ni.. maybe ade yg masih tak tau yg dia ni Baby Pramatang. Orang tua-tua kata bayi tak cukup bulan. Kalau nak tau Feeqa lahir masa kandungan saya berusia 36 Minggu dengan berat hanya 1.8kg tak cukup 2kg pun. Cuba bayangkan besar mana? kecik sesangat..  Mungkin ada yang tertanya2 cmne saya boleh lahirkan baby x cukup bulan kan.. Semasa kandungan saya memasuki usia 30 minggu (rasanye la) saya disahkan ade hipertension (tekanan darah tinggi). Yang peliknya tak ada pun sejarah keluarga saya yang ade hipertension.. alih2 saya kena. Ha.. terkezut den..  Ingatkan xde ape2 la  tp selepas pd tu... tekanan darah tu xmo turun. Tambah pulak lagi doktor sahkan air ketuban saya semakin kurang.. tu yang akhirnya saya kena induce... maka lahirlah baby ni pada tanggal 21 Ogos 2007. Tapi semua tu dah pun berubah...


 Ha.. inilah Feeqa. Sekarang dah nak usia 4 tahun pada Ogos akan datang ni nanti. Besarkan? memang besar.. mana taknye.. kalau makan nasi asik bertambah jer.. balik sekolah mintak makanan.. 
Ermmm... itulah serba sedikit (panjang lebar sebenarnya) cerita perkenalan saya.. Semoga berjumpa lagi dan  sebelum tu ni ha ade la serba sedikit maklumat mengenai kelahiran pramatang. 
Selamat membaca :)

Kelahiran Pra-Matang


Kelahiran pra-matang ialah kelahiran yang berlaku sebelum kandungan berusia 37 minggu. Ia boleh berlaku secara spontan atau kerana di ‘induced’ disebabkan oleh komplikasi kehamilan.

Sebab-Sebab Kelahiran Pra-Matang

  • Uri yang tidak normal
  • Masalah pangkal rahim yang longgar
  • Jangkitan kuman pada sistem peranakkan
  • Masalah perubatan pada ibu seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya
  • Masalah pada bayi dalam kandungan

Risiko

Terdapat banyak faktor boleh menjurus kepada kelahiran pra-matang. Sesetengah dapat diatasi oleh anda sendiri seperti:
  • Merokok
  • Minum alkohol
  • Menagih dadah
  • Badan terlalu kurus
  • Kekurangan zat makanan yang keterlaluan
Menghindari faktor diatas akan memberi peluang untuk kandungan anda menjadi matang (38-42 miggu) . Risiko-risiko lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah:
  • Gusi berkuman
  • Jangkitan kuman
  • Hormon tak seimbang
  • Pangkal rahim yang longgar( cervicle incompetence)
  • Rahim terlalu sensitif
  • Uri berkedudukan bawah (Placenta Praevia)
  • Masalah perubatan seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan sebagainya
  • Tekanan emosi yang keterlaluan
  • Umur dibawah 17 tahun
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Fibroid
  • Kandungan kembar
  • Bayi yang tidak normal
  • Sejarah kelahiran pra-matang sebelumnya

Tanda-Tanda Kelahiran Pra-Matang

Kelahiran Pra-matang merupakan komplikasi yang sangat serius. Tetapi ramai wanita tidak memahami tanda-tanda awal kelahiran ini. Sekiranya dapat dikesan lebih awal, mungkin ia akan dapat dicegah dan memberikan bayi anda peluang hidup yang besar. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti dibawah, berjumpalah dengan doktor dengan seberapa segera.
  • Keluar cecair dari faraj terutama bila ia secara tiba-tiba dan banyak
  • Pendarahan kecil atau keluar darah bercampur lendir dari faraj
  • Sakit perut seperti senggugut atau mengalami 5 kontraksi dalam masa satu jam
  • Rasa tekanan dan berat pada pelvis
  • Sakit belakang
  • Bengkak pada muka dan mata
  • Pedih semasa kencing
  • Muntah

Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Kelahiran Pra-Matang

  • Hindari dari jangkitan kuman seperti kencing kotor atau jangkitan faraj-amalkan penjagaan faraj yang optimal.
  • Amalkan penjagaan dental yang baik-berjumpalah dengan doktor gigi sekiranya ada masalah terutama sebelum merancang untuk hamil.
  • Jangan merokok, minum alkohol dan ubatan yang tidak disarankan oleh doktor
  • Cegah dehydrasi dengan meminum air 8 gelas sehari.

Rawatan

  • Rehat sepenuhnya samada dihospital atau dirumah
  • Hindari dari hubungan seks
  • Ubatan seperti ventolin mungkin akan digunakan untuk menghentikan kontraksi dan mengurang kecutan pada rahim.
  • Suntikan Dexamethasone untuk matangkan paru-paru bayi
  • Antibiotik sekiranya anda mengalami sebarang jangkitan