Tuesday 26 April 2011

FaceBlog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.

TERIMA KASIH


Tuesday 12 April 2011

sroot.. sreeet..sroot sreeeeeettttt...

Aduyaiii... begitulah derita orang yang menghadapi alahan hidung (allergic rhinitis). Pantang tersalah makan je mesti akan berbunyi la hidung tu. Kalau setakat bunyi aje boleh tahan lagi. Ni siap ngan gatal lagi.. Tisu berkotak2 pun boleh habis dek kerana mengelap cecair yg satu itu.

Inilah yang terpaksa aku tempuhi pada hari ni. Oleh kerana terliur sangat2 dengan rojak petis, aku mula terlupa seketika pancaindera ku yang satu ini.. Dah rasa rojak.. sedap woooo.. pastu.. haa rasakan.


Allergic Rhinitis
(gambar ehsan Google)


Alamak! hidung dah rasa lain macam ni.. Maka adegan yang tak seronok pun bermula..sroot.. sreeet..sroot sreeeeeettttt...TOLONGGGGGGGGGGGG!!

Monday 4 April 2011

Nak Join Gegar 1 Ribu Blog April

Kali ni nak join lagi segmen anjuran En. Ben Ashaari...
 Harap2 dapat tambah kawan lagi.. =)


Gegar 1 Ribu Blog April Bermula

Friday 1 April 2011

M.A.A.F.



M. A.  A. F... itulah tajuk n3 pada kali ini. Satu perkataan yang ringkas, mengandungi 4 huruf namum begitu besar pengaruhnya dalam kehidupan kita seharian. 


Memohon MAAF tidak seharusnya dipandang enteng penggunaannya. Bagi saya, kata MAAF itu sendiri begitu mahal harganya. Oleh itu, ia perlu dijaga dan hanya digunakan apabila hati benar benar ikhlas untuk memohon MAAF atau memberi keMAAFan tanpa mempunyai rasa emosi atau dendam di hati. 


Jika memohon keMAAFan itu sering dilafazkan terhadap orang yang sama dan atas kesalahan yang sama, maka hilanglah nilai keMAAFan itu. Keadaan ini juga akan membuatkan seseorang itu kecewa dan tertekan apatah lagi jika yang melakukannya itu adalah di kalangan orang yang tersayang.




Gambar: Ehsan dari Google
(sekadar hiasan)

Hal ini juga terjadi kepada saya. Begitu sukar untuk saya memaafkan seseorang yang telah banyak kali menyakiti hati ini. Bimbang akan disakiti lagi dan rasa kecewa  dipermainkan lagi dengan kata MAAF menyebabkan kata MAAF itu sukar dilafazkan oleh saya.

Bagi mengatasi rasa kecewa itu, kita perlulah mengingati bahawa apa yang dilakukan kerana Allah (memohon maaf & memberi kemaafan) merupakan satu ibadah. Insya Allah keMAAFan yang diberi tersebut akan menjadi ubat yang paling mujarab untuk menjernihkan kekeruhan yang terjadi.

p/s:  sedang cuba untuk belajar memaafkan seseorang.