Saturday 26 March 2011

Nak cerita pasal ape ye..??




Apa ke bendanya ni?.. Siapa boleh teka?...tak tau ye.. Ha inilah dia Mesin Dialisis. Masih tak tau lagi.. 
Ok.. n3 kali saya nak cerita pasal Dialisis. Harap kawan-kawan semua dapat memahami serba sedikit mengenai Dialisis.

Mesin Dialisis ni digunakan oleh pesakit buah pinggang kronik yang mana kedua-dua buah pinggangnya (ginjal) telah rosak dan tidak dapat berfungsi lagi.

Fungsi Buah Pinggang:

1.  Membersihkan bahan dan cecair berlebihan dari dalan darah
2.   Menapis darah, menyimpan setengah-setengah kompaun dan membuangkan yang lain
3.   menolong memperbetulkan tekanan darah, menentukan bilangan sel darah dan kesihatan tulang-tulang

So mereka yang tidak bernasib baik ni terpaksalah menjalani proses mencuci darah di pusat dialisis yang berdekatan. Dalam seminggu, pesakit tersebut perlu menjalani proses mencuci darah sebanyak 3 kali secara rutin. Sebulan bersamaan dengan 12 kali.


Mesin dan Kerusi Dialisis

Semasa proses ini dijalankan, pesakit akan duduk di kerusi khas ini (ada tempat letak kaki) sehingga proses ini selesai iaitu selama 4 jam. Lama tu... cuba bayangkan camne perasaan pesakit tu. Bosan, mengantuk, jemu.. semua ada. Kesian mereka kan..




Dialyzer @ Buah Pinggang Palsu 
(berfungsi menggantikan Buah Pinggang asal)



Antara alat pakai buang yang diperlukan semasa proses dialisis dijalankan.

*Syringe
*Normal Seline-air dlm botol tu,
 *AVF Needle (besar ooo jarum ni)
*Set Haemo pack
dll...


Ok ini saje yang dapat dikongsi bersama. ikutkan banyak lagi yang nak dikongsi tetapi biarlah kawan-kawan merujuk kepada yang lebih arif. 

Tau ke kenapa saya berkongsi n3 ni? saya sebenarnya adalah salah seorang kakitangan pekerja dialisis. tapi jangan salah faham. Saya bukan jururawat tetapi cuma kakitangan di bahagian pengurusan di sebuah pusat dialisis.


-Sayangilah Buah Pinggang @ Ginjal Kita-



No comments:

Post a Comment