Friday 1 April 2011

M.A.A.F.



M. A.  A. F... itulah tajuk n3 pada kali ini. Satu perkataan yang ringkas, mengandungi 4 huruf namum begitu besar pengaruhnya dalam kehidupan kita seharian. 


Memohon MAAF tidak seharusnya dipandang enteng penggunaannya. Bagi saya, kata MAAF itu sendiri begitu mahal harganya. Oleh itu, ia perlu dijaga dan hanya digunakan apabila hati benar benar ikhlas untuk memohon MAAF atau memberi keMAAFan tanpa mempunyai rasa emosi atau dendam di hati. 


Jika memohon keMAAFan itu sering dilafazkan terhadap orang yang sama dan atas kesalahan yang sama, maka hilanglah nilai keMAAFan itu. Keadaan ini juga akan membuatkan seseorang itu kecewa dan tertekan apatah lagi jika yang melakukannya itu adalah di kalangan orang yang tersayang.




Gambar: Ehsan dari Google
(sekadar hiasan)

Hal ini juga terjadi kepada saya. Begitu sukar untuk saya memaafkan seseorang yang telah banyak kali menyakiti hati ini. Bimbang akan disakiti lagi dan rasa kecewa  dipermainkan lagi dengan kata MAAF menyebabkan kata MAAF itu sukar dilafazkan oleh saya.

Bagi mengatasi rasa kecewa itu, kita perlulah mengingati bahawa apa yang dilakukan kerana Allah (memohon maaf & memberi kemaafan) merupakan satu ibadah. Insya Allah keMAAFan yang diberi tersebut akan menjadi ubat yang paling mujarab untuk menjernihkan kekeruhan yang terjadi.

p/s:  sedang cuba untuk belajar memaafkan seseorang.





No comments:

Post a Comment