Thursday 21 July 2011

Hajat di hati nak....

 Salam...

Sedar tak sedar tinggal beberapa hari je lagi kita nak sambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Time tu masing2 sibuk dengan Solat Terawih dan ecpecially kaum ibu sudah pasti sibuk  memikirkan juadah untuk berbuka puasa dan bersahur untuk keluarga. Moga tahun ini pahala ku mencurah2... Amin Ya Robbal Alamin..

Bercerita bab bulan puasa ni, tak sah kalau tak memikirkan juga kuih muih di hari raya. Walaupun ada sebulan sebelum raya menjelma tapi tahun ni aku rasa macam terlebih excited la pulak untuk membuat kuih raya. Siap dok menjengah ke blog2 masakan untuk mencari resepi2 pilihan. Raya tahun ni dah berpakat dengan kakak nak buat sendiri kuih raya. Dah berapa tahun tak buat kuih raya. Yalah semenjak 4 tahun bergelar ibu... hari2 yang berlalu ku rasakan terisi penuh dengan jadual kerja yang sentiasa berubah dari hari ke hari (kerja di opis, kerja di rumah- layan anak & suami).

Dalam dok servey2 resepi dari blog kengkawan tu.. baru teringat... haaaa.. Cake Mixer ku dah lama tak berfungsi (rosak daaa).. Alamak.. camne nak teruskan misi kuih raya tahun ni  huhu.. ^_^

Oleh kerana dah bertekad nak buat gak kuih raya maka aku terpaksa la berkorban time gaji nanti hoho... Nak kena beli Cake Mixer baru yeyeyyyyyyy.... (konfius kejap.. sedih ke gumbira ni..)

...Tapi, aku pun ada bercadang nak beli sesuatu dengan duit gaji bulan ni. Adoiii mampu tak ni nak dapatkan 2-2  barang pada bulan yang sama.  Camne ye???

Cake Mixer




@


Almari Baju
(Baju dah bertambun tu.. dh tak muat nak letak mana..)

ayah fiqa....tolongggggg...

No comments:

Post a Comment