Monday 21 March 2011

Dulu Tecik Sangat...

Salam perkenalan kepada semua... Saya ni org baru berkecimpung dalam "blog2 ni." Kalau tak sebab MamaJue.. rasanya berkurun lagi idea utk hasilkan blog sendiri ni tersimpan rapi. Al-maklum la  bukan  teror sgt nak create benda alah ni. Walau bagaimanapun terhasil jugak la blog yang tak seberapa ni.. Toche MamaJue..

Panjang pulak mukadimah.. mesti semua bole agak gambar baby tu kan.. Ya...betul la tu gambar anak saya. Nama dia Nurin Rafiqah tp kami semua panggil Feeqa je.. ade jugak yg panggil Nurin. Mana2 la.. janji nama tu masih sama ngan nama asal dia..

Cerita pasal Feeqa ni.. maybe ade yg masih tak tau yg dia ni Baby Pramatang. Orang tua-tua kata bayi tak cukup bulan. Kalau nak tau Feeqa lahir masa kandungan saya berusia 36 Minggu dengan berat hanya 1.8kg tak cukup 2kg pun. Cuba bayangkan besar mana? kecik sesangat..  Mungkin ada yang tertanya2 cmne saya boleh lahirkan baby x cukup bulan kan.. Semasa kandungan saya memasuki usia 30 minggu (rasanye la) saya disahkan ade hipertension (tekanan darah tinggi). Yang peliknya tak ada pun sejarah keluarga saya yang ade hipertension.. alih2 saya kena. Ha.. terkezut den..  Ingatkan xde ape2 la  tp selepas pd tu... tekanan darah tu xmo turun. Tambah pulak lagi doktor sahkan air ketuban saya semakin kurang.. tu yang akhirnya saya kena induce... maka lahirlah baby ni pada tanggal 21 Ogos 2007. Tapi semua tu dah pun berubah...


 Ha.. inilah Feeqa. Sekarang dah nak usia 4 tahun pada Ogos akan datang ni nanti. Besarkan? memang besar.. mana taknye.. kalau makan nasi asik bertambah jer.. balik sekolah mintak makanan.. 
Ermmm... itulah serba sedikit (panjang lebar sebenarnya) cerita perkenalan saya.. Semoga berjumpa lagi dan  sebelum tu ni ha ade la serba sedikit maklumat mengenai kelahiran pramatang. 
Selamat membaca :)

Kelahiran Pra-Matang


Kelahiran pra-matang ialah kelahiran yang berlaku sebelum kandungan berusia 37 minggu. Ia boleh berlaku secara spontan atau kerana di ‘induced’ disebabkan oleh komplikasi kehamilan.

Sebab-Sebab Kelahiran Pra-Matang

  • Uri yang tidak normal
  • Masalah pangkal rahim yang longgar
  • Jangkitan kuman pada sistem peranakkan
  • Masalah perubatan pada ibu seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya
  • Masalah pada bayi dalam kandungan

Risiko

Terdapat banyak faktor boleh menjurus kepada kelahiran pra-matang. Sesetengah dapat diatasi oleh anda sendiri seperti:
  • Merokok
  • Minum alkohol
  • Menagih dadah
  • Badan terlalu kurus
  • Kekurangan zat makanan yang keterlaluan
Menghindari faktor diatas akan memberi peluang untuk kandungan anda menjadi matang (38-42 miggu) . Risiko-risiko lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah:
  • Gusi berkuman
  • Jangkitan kuman
  • Hormon tak seimbang
  • Pangkal rahim yang longgar( cervicle incompetence)
  • Rahim terlalu sensitif
  • Uri berkedudukan bawah (Placenta Praevia)
  • Masalah perubatan seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan sebagainya
  • Tekanan emosi yang keterlaluan
  • Umur dibawah 17 tahun
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Fibroid
  • Kandungan kembar
  • Bayi yang tidak normal
  • Sejarah kelahiran pra-matang sebelumnya

Tanda-Tanda Kelahiran Pra-Matang

Kelahiran Pra-matang merupakan komplikasi yang sangat serius. Tetapi ramai wanita tidak memahami tanda-tanda awal kelahiran ini. Sekiranya dapat dikesan lebih awal, mungkin ia akan dapat dicegah dan memberikan bayi anda peluang hidup yang besar. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti dibawah, berjumpalah dengan doktor dengan seberapa segera.
  • Keluar cecair dari faraj terutama bila ia secara tiba-tiba dan banyak
  • Pendarahan kecil atau keluar darah bercampur lendir dari faraj
  • Sakit perut seperti senggugut atau mengalami 5 kontraksi dalam masa satu jam
  • Rasa tekanan dan berat pada pelvis
  • Sakit belakang
  • Bengkak pada muka dan mata
  • Pedih semasa kencing
  • Muntah

Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Kelahiran Pra-Matang

  • Hindari dari jangkitan kuman seperti kencing kotor atau jangkitan faraj-amalkan penjagaan faraj yang optimal.
  • Amalkan penjagaan dental yang baik-berjumpalah dengan doktor gigi sekiranya ada masalah terutama sebelum merancang untuk hamil.
  • Jangan merokok, minum alkohol dan ubatan yang tidak disarankan oleh doktor
  • Cegah dehydrasi dengan meminum air 8 gelas sehari.

Rawatan

  • Rehat sepenuhnya samada dihospital atau dirumah
  • Hindari dari hubungan seks
  • Ubatan seperti ventolin mungkin akan digunakan untuk menghentikan kontraksi dan mengurang kecutan pada rahim.
  • Suntikan Dexamethasone untuk matangkan paru-paru bayi
  • Antibiotik sekiranya anda mengalami sebarang jangkitan

No comments:

Post a Comment