Monday 21 March 2011

Lempeng vs Sambal Tumis Sardin



                          Menu sarapan pagi utk hari esok... Lempeng vs Sambal Tumis Sardin.

Hahaha... cm dh xde menu lain nk post kt blog. Semua org tentunya biasa sgt dengan lempeng.. setakat ni saya cuma tau 2 jenis je. 1. Lempeng Kelapa (nyior)  & 2. Lempeng Tepung. Walaupun tau dua jenis tu tp setakat ni cuma lempeng kelapa je yg saya penah buat (kira2 menjadi la sbb hubby kata sedap!). Tp yg 1 lagi tu x penah lagi cuba. Cuba makan dah la.. tp cuba buat x lagi.. ha ni nak buat la ni.. cewahhhh.....

First time makan lempeng tepung ni masa dok umah mak mertua.. mula2 tgok mak mertua & adik ipar buat  mcm x best je.. tp bil adh pekena ngan sambal ikan bilis cili api... fuhhhhhhhhhhhhhhh terangkat beb. Walaupun suka mkn tp x juga cuba nak buat.. Skrg dh x dok ngan mak mertua mula la teringat2 nak makan. Tanya punye tanya, servey punye servey akhirnya dpt la resepi die cmne... senang sgt. antara malas ngan rajin je.  Pada yang mau mencuba... sila2 la.

Bahan-bahan ( 3 keping )
·         1 cawan tepung gandum
·         1 cawan air
·         1/2 st garam
·         minyak masak (sapu atas kuali)

  1. Tepung gandum, air & garam masukkan dalam blender. Kisar sampai tepung tak berketul. 
  2. Panaskan kuali/ non stick pan. Letakkan sikit minyak masak, ambil sesenduk adunan dan ratakan. Masak dengan api slow. Bila dah masak, balikkan yg sebelah bawah pula.
  3. Bila dah agak kekuningan bolehlah angkat. Siap utk dimakan dgn sardin cili api :)


1 comment: