Monday 21 March 2011

Hadiah Untuk Bakal Pengantin

Adoiii... pening kepala dibuatnya.,serabut pun ade..mana taknye, kawan nak kawin. Kawan tu pulak siap pos lagi kad kahwin ajak datang masa majlis dia nanti. Tak cukup dengan tu, tag dekat facebook la, chatt dekat YM la.Dah la tak dapat nak datang masa majlis tu nanti. aiyooo... segan rasanya kalau tak hulurkan hadiah.

Sebut pasal hadiah perkahwinan ni, apa yang penting sekali ialah mengenai "budget". Ok utk hadiah kali ni budgetnya agak ciput. Maklum la belum gaji sedangkan aku nak kena beli awal. Yalah.. dia duduk nun di negeri adat. Nak kata jauh tu  memang agak jauh jugak la sebab perjalanan pun ambik masa selama 3 jam lebih jugak kot. Nak kena pos pulak tu. Kalau dekat2 rasanya dah kirim je ngan kengkawan yang lain. 

Oleh kerana budget yang ciput tu la yang menyebabkan aku pening nak cari hadiah ni. Hadiah tu mestilah yang cantik, menarik,tak mahal dan tahan lama. Susah tu nak cari yang sesuai tapi demi kawan merangkap adik yg sorang tu akan kuusahakan yang termampu. Harap2 dia terima dengan hati yang gembira.



taraaaaa...



inilah hadiah yang bikin kepalaku pusing hehe...
Isinya? hoho.. mana boleh bagitau

No comments:

Post a Comment