Monday 11 July 2011

Aku Kembali Kepadamu

Alhamdulillah hari ni beri kesempatan olehNya untukku membuka blog & seterusnya menaip sepatah dua kata setelah agak lama diam menyepi. Sebenarnya bukan diam tiada cerita tapi dek kerana tuntutan tugas yang amat mendesak tidak memberi peluang kepadaku...

Oleh kerana agak lama tak berbelog ni, nak jugak ku ceritakan serba sedikit aktiviti sepanjang menyepi (drp dunia blog). Pada pertengahan bulan Jun yang lalu, kami semua warga kerja YKN Dialisis (K. Pilah, Rompin & Kota Bharu) telah pun menghadiri Majlis Makan Malam yang bertempat di Hotel Grand Continental Kuantan. Suasana pada malam tersebut amat havoc dengan pelbagai ragam staff yang melaram sakan. Kebanyakannya asik memakai uniform je selama ni. Terutama sekali cekmek cekmek dari Kelate... wah bukan main lagi diorang bergaya ye. Aku??? biasa - biasa je. Untuk Post selepas ni nanti akan aku upload antara gambar yang sempat disnap pada malam tu.

Bukan aktiviti tu saje yang telah menyebabkan aku menjadi sibuk memanjang pada bulan Jun 2011, tapi ade pulak seminar pada keesokannya. Ramai juga yang terlibat antaranya semua Jururawat YKN Dialisis K.Pilah, Rompin & Kota Bharu. Tidak ketinggalah juga seminar tersebut dihadiri oleh aku, orang kuat YKN K.Pilah (kak fizan) & juga  kawan baru merangkap bakal orang kuat YKN Kota Bharu (suhada). Tiga hari juga kami berkampung di Hotel Vistana Kuantan dek kerana seminar tersebut.

Selepas tamat Seminar, Aku telah bertolak pula ke Kuala Pilah untuk berkursus selama 2 minggu di sana. Aduhai penat betul badan ni. Tapi apakan daya. Demi tugas kuturutkan juga (saya yang menurut perintah)... So lepas ni tunggu la aku upload gambar-gambar yang sempat aku ambil sepanjang aktiviti pada bulan Jun tu. Ok la nak rehat kejap, sambung selepas ni... Nak pergi lunch dulu ya....

No comments:

Post a Comment