Saturday, 30 July 2011

Wowww... Cutenya


Inilah new watermark from kak Asniza Ratuhati. Terima Kasih kak As.
Cantik kan watermark ni...suka sangat :). Dah lama nak buat tapi tak pandai & tak tau sape yang boleh tolong buatkan. Terima kasih gak pada mamajue kerana telah memperkenalkan kepada dekorator (ada ke perkataan ni.. ahh guna aje) watermark ni.


Lepas ni  dah angan2 nak suruh kak as buatkan header pulak. Bagi cantik sikit blog. Sebelum ni asik puji blog orang lain je cantik. Bila la blog aku dapat cantik. Walau tak secantik blog2 terkenal tapi sekurang2 nya dapat la jugak buat sedikit deko baru yang lebih cantik dari yang ada sekarang. Harap2 kak as tu sudi  buat lagi untuk aku.. ^^_^^


Sebelum terlupa.. nak wish Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia termasuklah aku juga. Moga bulan Ramadhan pada kali ni membawa keberkatan kepada kita semua & diampunkan segala dosa olehNya. Amin ya Robbal A'lamin...





Thursday, 21 July 2011

Hajat di hati nak....

 Salam...

Sedar tak sedar tinggal beberapa hari je lagi kita nak sambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Time tu masing2 sibuk dengan Solat Terawih dan ecpecially kaum ibu sudah pasti sibuk  memikirkan juadah untuk berbuka puasa dan bersahur untuk keluarga. Moga tahun ini pahala ku mencurah2... Amin Ya Robbal Alamin..

Bercerita bab bulan puasa ni, tak sah kalau tak memikirkan juga kuih muih di hari raya. Walaupun ada sebulan sebelum raya menjelma tapi tahun ni aku rasa macam terlebih excited la pulak untuk membuat kuih raya. Siap dok menjengah ke blog2 masakan untuk mencari resepi2 pilihan. Raya tahun ni dah berpakat dengan kakak nak buat sendiri kuih raya. Dah berapa tahun tak buat kuih raya. Yalah semenjak 4 tahun bergelar ibu... hari2 yang berlalu ku rasakan terisi penuh dengan jadual kerja yang sentiasa berubah dari hari ke hari (kerja di opis, kerja di rumah- layan anak & suami).

Dalam dok servey2 resepi dari blog kengkawan tu.. baru teringat... haaaa.. Cake Mixer ku dah lama tak berfungsi (rosak daaa).. Alamak.. camne nak teruskan misi kuih raya tahun ni  huhu.. ^_^

Oleh kerana dah bertekad nak buat gak kuih raya maka aku terpaksa la berkorban time gaji nanti hoho... Nak kena beli Cake Mixer baru yeyeyyyyyyy.... (konfius kejap.. sedih ke gumbira ni..)

...Tapi, aku pun ada bercadang nak beli sesuatu dengan duit gaji bulan ni. Adoiii mampu tak ni nak dapatkan 2-2  barang pada bulan yang sama.  Camne ye???

Cake Mixer




@


Almari Baju
(Baju dah bertambun tu.. dh tak muat nak letak mana..)

ayah fiqa....tolongggggg...

Monday, 11 July 2011

JJCM ~ Jalan Jalan Cuci Mata


Dalam sibuk berseminar & berkursus dapat juga kami bersiar-siar bersama. Seronok fiqa hari tu dapat jalan-jalan. Sebelum tu dapat tengok jambatan gantung dari bilik hotel je. Petang after seminar tu ayah pun ajak turun  jalan-jalan sekitar hotel dan akhirnya permintaan fiqa untuk naik jambatan gantung tercapai juga.

Masa mula-mula nak naik punya la takut fiqa ni walaupun ayah dah pimpin tangan. Tak jadi naik. Tunggu ibu pulak. Bila dengan ibu terus je hilang takut diaaa... macam-macam kerenah anak ibu ni.


                                                  


 peace..





beriadah seketika



ada ke orang riadah pakai baju kurung? belasah jeee



Mana ikan ni...



berjalan pulang ke hotel




Nanti kita jalan-jalan lagi ye ayah




kat depan tu hotel yang kami menginap...

Dinner Warga Kerja YKN Dialisis & Family



Hanya beberapa kerat sahaja yang tinggal untuk bergambar. Yang lain semua dah masuk ke bilik hotel masing-masing. Dapat penginapan percuma la katakan. Tak menyempat dah....

Bergambar dengan En. Nazri  (Big Boss yg cool)





Hanya 1 dah kahwin... yg lain2 masih available
(YKN Dialisis Rompin)


Big Boss dengan barisan Penyelia 3 center bersama Pn. Nordina


Kelate Mari wehhhh...


kakak tersayang & keluarga


Air Oren je? mana makanannya... Kesian ayah

3 bersaudara
(ada iras tak?)



Sama tak kami? dari acuan yang sama hihi...

Aku Kembali Kepadamu

Alhamdulillah hari ni beri kesempatan olehNya untukku membuka blog & seterusnya menaip sepatah dua kata setelah agak lama diam menyepi. Sebenarnya bukan diam tiada cerita tapi dek kerana tuntutan tugas yang amat mendesak tidak memberi peluang kepadaku...

Oleh kerana agak lama tak berbelog ni, nak jugak ku ceritakan serba sedikit aktiviti sepanjang menyepi (drp dunia blog). Pada pertengahan bulan Jun yang lalu, kami semua warga kerja YKN Dialisis (K. Pilah, Rompin & Kota Bharu) telah pun menghadiri Majlis Makan Malam yang bertempat di Hotel Grand Continental Kuantan. Suasana pada malam tersebut amat havoc dengan pelbagai ragam staff yang melaram sakan. Kebanyakannya asik memakai uniform je selama ni. Terutama sekali cekmek cekmek dari Kelate... wah bukan main lagi diorang bergaya ye. Aku??? biasa - biasa je. Untuk Post selepas ni nanti akan aku upload antara gambar yang sempat disnap pada malam tu.

Bukan aktiviti tu saje yang telah menyebabkan aku menjadi sibuk memanjang pada bulan Jun 2011, tapi ade pulak seminar pada keesokannya. Ramai juga yang terlibat antaranya semua Jururawat YKN Dialisis K.Pilah, Rompin & Kota Bharu. Tidak ketinggalah juga seminar tersebut dihadiri oleh aku, orang kuat YKN K.Pilah (kak fizan) & juga  kawan baru merangkap bakal orang kuat YKN Kota Bharu (suhada). Tiga hari juga kami berkampung di Hotel Vistana Kuantan dek kerana seminar tersebut.

Selepas tamat Seminar, Aku telah bertolak pula ke Kuala Pilah untuk berkursus selama 2 minggu di sana. Aduhai penat betul badan ni. Tapi apakan daya. Demi tugas kuturutkan juga (saya yang menurut perintah)... So lepas ni tunggu la aku upload gambar-gambar yang sempat aku ambil sepanjang aktiviti pada bulan Jun tu. Ok la nak rehat kejap, sambung selepas ni... Nak pergi lunch dulu ya....

Thursday, 26 May 2011

Ikan Masak Steam

Resepi Ikan Masak Steam ala Ibu Feqa@Zila


Bahan-Bahannya:
* 6 ekor ikan kembung (ikan lain pun boleh. kalau ikan yg besar lagi best)
* 3 batang serai yg dititik
* 1/2 inci halia - dihiris panjang & halus
*  3 ulas bawang putih - diketuk (x perlu hancur)
* 1 biji bawang besar
* 10 biji tomato ceri @ 1 biji tomoto biasa
* 3 biji belimbing buluh - dibelah 2
* 3 batang daun sup/saderi
* 1/2 sudu minyak masak
* 1/2 cawan air (kalau nak kuah lebih boleh tambah air)
* garam & gula secukup rasa

***********************

Cara Menyediakan:
Bawang putih ditumis (minyak yg sedikit) sehingga naik bau.
Tutup api seketika.
Masukkan semua bahan di dalam kuali. Tutup kuali & biarkan sehingga mendidih. 
Rasa dahulu kuah sebelum api ditutup & boleh dihidangkan.




Pastikan api dalam keadaan yang kecil.

Nampak tak ikan tu??











tadaaaaaaaaaa...

Ikan Steam yang telah pun masak.

Selamat Mencuba :)

Sarapan Pagi yang berbaloi-baloi

Dah lama  tak menikmati nasi dagang tradisional.. Tradisional?? hehe..bkn tradisional mana pun cuma bezanya nasi dagang ni dibungkus dalam sejenis daun hutan. Tapi tak tau la ape nama daun tu. Hooooooooo... Takpe, tak tau nama masih boleh dimaafkan (pd diri sendiri kikiki..) sbbnya saya ade ambik gambar nasi dagang yang telah siap dibungkus dengan daun tu. (pandai tak saya?)


Inilah daun yang dimaksudkan tu... tau ke daun apa?








Ini pulak rupa nasi dagang yang kat dalam daun tu.
 Hmmmmmmmm wangi, menyelerakan & bertambah sedap bila dimakan.








Alhamdulillah... dah habis pun makan. 
Puas hati beli sebab sedap, tak mahal. Banyak pulak tu. 
Kenyang makan.Tengok tu.. tinggal tulang ikan jer. hihi...