Wednesday, 17 October 2012


ALPHA LIPID SDII

Sila ke FB saya  Azila Mansor untuk mendapatkan maklumat lanjut  atau membuat tempahan. Juga boleh  SMS ke 013-2076956 (Zila)














Tuesday, 27 March 2012

Big Day Ayu

Tahniah kpd anak buah yg baru sahaja melangsungkan perkahwinan, Ayu & Alam di Kuantan. Masuk ni dah 3 orang anak buah dah pun selamat mendirikan rumahtangga. Dah jadi nanny pun aku ni ha... alamak dah tua..

Ok la.. jom tengok gambar sekitar majlis pernikahan & persandingan mereka baru-baru ini.




Di Hari Pernikahanmu
(3.3.2012)


Anak-anak penyeri majlis





Kaum kerabat sebelah mak pengantin pompuan



*****************************************************************


Di Hari Persandinganmu
 (11.3.2012)





Permata hati ibu




Menunggu ketibaan pengantin




cantik anak ibu...





Raja & Permaisurinya diiringi  dayang kecil a.k.a. flower girls





Raja & Permaisuri di atas takhta





 Kaum kerabat Pengantin Perempuan






Siapakah ini?




Monday, 26 March 2012

Hati Yang Kecewa

Mood tgh sedih ni  huwaaaaaaaaaaaaaaaaa... :(

Layan jap puisi daripada hasil nukilan: 232128, bertajuk Mencari Cinta Abadi. Bait-bait puisi ni seakan-akan sama dengan apa yang aku rasa ketika ini. Sungguh Kecewa!

Layannnnnnnn je la...

Gambar: Ihsan drp Google



Ada hati yang terluka,
Ada tangisan di bibir mata,
Ada derita meruntun jiwa,
Ada jiwa tiada bernyawa…

Hati ini sedih sekali,
Ada derita silih berganti,
Ingin pergi membawa diri,
Tempat mengadu hanya Ilahi….

Moga luka boleh diubati,
Moga jiwa hidup kembali,
Moga hati tidak mati,
Moga derita berlalu pergi….

Siapa sangka siapa menduga,
Bahagia dicari derita tiba,
Mengadu nasib pada yang Esa,
Moga tenang seluruh jiwa..


Nukilan:

232128





Saturday, 24 March 2012

Home Made Special Burger



Salam semua... Dah lama tak update blog. Kalau rumah lama tak update jawabnya dah bersawang kan..kan. Hari ni pun sebenarnya bukan nk update sangat pun. Maklum la masa terlalu mencemburuiku hihi (padahal diri sendiri yg x pandai nak manage masa). 


Ok la hari ni just nak share gambar burger hasil ciptaan IbuFeeQa (i la tu) & En. Hubby. En. Hubby tukang goreng daging burger, telur & roti manakala IbuFeeQa apalagi dok tempek2 burger la. Kerja yang senang,  potong timun nipis2, carik2 daun salad, potong bawang pastu boh je kat atas roti burger tu. Tak lupa letak sos cili & jugak mayonis. SIAP!. Jadi la burger speseel macam kat bawah ni...

So layan je la gambar2 kat bawah tu ye :)
Jumpa lagi 







Serupa tak macam yg kt McD tu? ok la kan..hihi








Ermmm..... yummm..yummmm









Boleh bukak warung burger tak agaknya?




Friday, 13 January 2012

Apam Beras Gebu's




Sumber: cha@myresipi.com

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 cawan nasi putih
2  3/4 cawan gula
2  1/2  cawan air kosong (klo nmpak agak pekat, tambah sedikit lagi air)
1 sudu kecil yis segera (mauripan)
sedikit pewarna merah (boleh guna warna lain jika suka)
**1 cawan kelapa parut
**suku sudu kecil garam halus

bahan bertanda ( ** ) perlu dicampur bersama untuk ditabur di atas apam nanti. 


Cara-caranya;

* Masukkan kesemua nasi putih dan air ke mesin pengisar (blender). Mesin sehingga halus dan masukkan
   pula gula. Mesin lagi sehingga kesemua bahan menjadi halus. Ketepikan.

* Di dalam bekas lain, satukan tepung beras, tepung gandum dan yis. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi
   ke dalam bekas yang sama. Gaul sehingga adunan menjadi sebati.

* Perap adunan selama 3jam.

* Masukkan adunan ke dalam acuan membuat apam (acuan kecil seperti dalam gambar). Kukus selama
   15minit. Jika ingin menggunakan acuan lain yang lebih besar, masa untuk mengukus perlu ditambah lagi.

* Angkat apam yang sudah masak dan rendamkan selama 2-3 minit di dalam bekas yang berisi sedikit air
   untuk menyejukkan acuan dan memudahkan kerja untuk mengeluarkan apam daripada acuannya.

*Taburkan kelapa parut yang telah digaul garam ke atas apam. Sedia untuk dimakan.




Panas-panas lagi ni...



Sedang menunggu giliran untuk dikukus.



Apam yang telah siap dikukus. 
Tunggu untuk ditabur kelapa parut aje dan lepas tu boleh la dimakan.
Lupa nak snap gambar apam bersama kelapa parut daaaaaa...

 SELAMAT MENCUBA


Tuesday, 3 January 2012

Kek Karamel Di Tahun 2012



Akhirnya di tahun baru 2012 aku telah pun berjaya menghasilkan Kek Karamel. Fuhhhhh gumbira rasanya bila tengok kek  ni menjadi. Yalahkan... sape tak gumbira setelah dua kali mencuba baru berjaya. Masa first buat kek ni dulu  keknya boleh la dimakan tapi karamelnya entah kemana. Bukan sebab hilang tapi sebab kaedah boiling tak betul. Akhirnya karamelnya tak muncul muncul ke sudah. Cair semacam je. 
Makan kek TANPA karamel  je la masa tu. 


Petang semalam selepas menonton channel AFC kat Astro, tetiba dapat idea nak buat lagi sekali. Kali ni bukan sembarangan buat. Aku dah buat research pun. Masuk blog sana, blog sini. Tengok camne kaedah double boiling yg sebetul betulnya. Setelah berpenat lelah akhirnya  Kek Karamel pun terhasil. Tepukan semangat utk Ibu Feeqa. Hep..Hep..Horeeeey...





Resepi Kek Karamel

(A)-Gula Hangus
·                     2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
·           *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan hingga gula hancur dan berwarna perang)

 (B) - Bahagian Atas
·                     1 cawan susu cair
·                     1 cawan susu pekat manis
·                     1 sudu teh esen vanila
·                     3 bj kuning telur
·                     2 biji telur (putih & kuning)
(C) - Lapisan Kek
·                     140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
·                     70 gm gula kastor
·                     3 bj kuning telur
·                     135 ml air biasa
·                     1 sudu teh baking powder
·                     45 ml minyak msk
·                     2 sudu besar susu pekat manis
 D) Merinque
·                     6 bj putih telur
·                     70 gm gula kastor
·              1 sudu teh krim of tartar ( saya tak letak pun)



klik di sini http://annaqawina.blogspot.com/2011/10/kek-karamel-lagiiiihaish.html untuk dapatkan resepi  & cara2 lengkap beserta gambar. 

Friday, 23 December 2011

Nurin & Doktor GG




Jeng.. jeng..jeng...

Hari jumaat lepas, Ibu bawak Nurin ke Klinik Gigi Dr. Roswadi untuk menampal lubang halus di gigi hadapan. Lubang tu kecik aje tapi ibu takut nanti lama-lama boleh jadi besar. Punyalah ramai orang yang menanti. Ingatkan sekejap aje, so lepas tu bolehlah sambung pergi kerja semula. Nurin dapat giliran yang keenam. Tunggu punya tunggu tengok jam dah nak pukul 4 petang. Nurin pun dah banyak kali tanya " bila dr. nak panggil nama Nurin? dah penat dah ni. Walaweiiii... terpaksalah ibu ambik cuti setengah hari hari tu. Alang-alang dah pergi sini kan.  Akhirnya tepat pukul 4.30 petang, nama Nurin dipanggil. Nurin, Ibu & ayah pun ikut sekali masuk bilik rawatan. 

Selepas disuruh duduk, Nurin tanpa rasa takut selamba je naik kerusi yang boleh baring tu. Bila Dr. tengok lubang kat gigi tu, dia kata lubang tu kecik sangat... betul ke nak tampal? Takut nanti dia (Nurin) tak tahan ngilu... Kalau Puan gosok gigi betul-betul, lubang tu x akan membesar. Maksud Dr., tak tampal pun tak apa, janji kena selalu gosok gigi. Kata Dr. lagi, gigi geraham semua masih cantik & gigi-gigi lain pun cantik juga. Tapi kalau Nurin tahan ngilu, kita boleh buat. Kita cuba sikit dulu ok. Itulah kata-kata Dr. Roswadi.

Akhrinya setelah dicuba, Nurin memang ternyata budak yang berani. Boleh tahan ngilu. Dr. pun teruslah buat kerjanya sampai siap dengan bantuan seorang Jururawat. Dr. pun memuji Nurin. Katanya, Nurin adalah budak kedua yang berumur 4Tahun yang "tahan" untuk ditampal giginya.





Tak sakit pun... geli (ngilu) je ibu



Wednesday, 30 November 2011

Sentimental


Walaupun hari ni kejap hujan kejap panas, hati ni tetiba terasa sayu je. Entahlah kenapa. Mungkin kerana asik dok dengar lagu-lagu sayu dari tadi. Tak apalah, layan je mood sentimental ni sekejap. Untuk tambah lagi mood sentimental ni, dengarkan OST Drama Korea iaitu Cinderella's Stepsister yg ke udara setiap pukul 5 petang di TV2 bermula 17 November 2011 sehingga kini. 








Thursday, 17 November 2011

Got To Go

Got To Go
By Najwa Mahiaddin


This time I'm gonna live my life

I ain't no stepford wife
No I ain't perfect
Gonna find somebody who's worth it
And no you ain't that person
Coz i caught you constantly flirtin'
With my best friend



So I guess I'll say goodbye
I'll find me another guy

Why (why why why)
You always makin' me
Cry (cry cry cry)
No I can't stand it
No you can't be my man
It don't matter who you are,
Even if you were a star
You've got to go
(Go go go go go go)

Read my lips I'm leavin'
And no no I ain’t teasin'
This time it's for real
Gotta find you another girl
Coz this one sure ain't stayin
By the time you finish what you're sayin'
I'll be gone


Minat sangat dengan lagu ni *_*

Ombak Rindu


Antara salah satu novel feberet me


Tak sabar rasanya nak menonton Filem Ombak Rindu yang diadaptasi dari sebuah novel. Awal-awal lagi aku dah chupp Anniversary date kami dengan En. Hubby. Tengok Wayang ok! Last tengok wayang 5 tahun lepas masa tu zaman cintan cintun dengan En. Hubby. Lepas kahwin terus stop tengok wayang.


Sebut pasal Ombak Rindu ni, aku teringat di zaman study dulu tu. Masa tu kat UKM, Kolej Burhanuddin Helmi tahun 2000-2003. Kami student yg dok hostel tu berebut-rebut nak baca Novel Ombak Rindu karya penulis kegemaranku Fauziah Ashari. Dari satu tangan ke satu tangan. Sampai lunyai novel tu (xde la teruk sangat). Tunggu punya tunggu tiba juga akhirnya turn aku. Puas menunggu. Semua yang membaca bagi komen positif. Best la tu. Termasuklah aku. Teringat kat kengkawan lama  kat kolej tu, Aina, Zie, Sidah, Yus, Idah dan ramai lagi lah. Kami antara yang berebut turn nak baca. Entah sape punya novel pun aku dah tak ingat. Tapi yang aku pasti novel tu memang marvellos gitu. Thumb's up untuk penulis! Pastinya tarikh 3 Disember 2011 akan ku tunggu. Yehaaaaaaaaaaaa


Versi Filem








*************

Official Trailer 




Selamat Menonton ok!




Wednesday, 16 November 2011

Kek Coklat Moist (kukus)


Bahan-Bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
3 biji telur
250g butter
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk bikarbonat
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula

Cara-cara

Bahan A - Cairkan butter, tunggu sejuk kemudian masukkan susu cair. Ketepikan.
Bahan B- Ayak tepung bersama serbuk bikarbonat dan serbuk koko. Ketepikan.
Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Masukkan pula esen vanilla.
Masukkan  bahan A dan bahan B secara berselang-seli sehingga habis.
Tuangkan didalam loyang yang telah disapu dengan sedikit butter atau marjerin supaya kek tidak melekat.
Kukus selama 45 minit. Sedia untuk dihidangkan.

Jika suka, kek boleh dihias dengan coklat cair & coklat rise diatasnya.

Topping (seperti di dalam gambar)
1/2 cawan coklat masakan (dipotong kecil-kecil)
3 sudu susu cair
1 sudu butter
1/2 sudu gula

Campur kesemua bahan dan dimasak secara double boiler (dimasak di atas air mendidih)
Kacau sehingga coklat menjadi cair. Angkat dan tuangkan coklat ke atas kek secara rata.
Taburkan coklat rise di atasnya. Setelah coklat sejuk dan mengeras, bolehlah dihidangkan.
(boleh juga dimasukkan ke dalam peti sejuk)

Tuesday, 15 November 2011

Suprise untuk Ibu


Menjelang tarikh lahir aku pada 8 November baru-baru ni, FiQa asyik menyebut-nyebut nak buat suprise untuk Ibu katanya. Bila ditanya nak suprise apa, katanya nak bagi kek besday untuk Ibu. Masa tu terfikir dah besar anak Ibu ni rupanya. Tiap-tiap hari tanya bila lagi besday Ibu. Sehinggalah pada tarikh tersebut, Ayah FiQa pagi-pagi lagi dah ucap Selamat Hari Lahir (sambil nyanyi lagi tu).FiQa pun apalagi, bersorak sakanlah dia. Happy Besday Ibu... happy besday... 

Itu cerita diwaktu pagi sebelum aku pergi kerja dan sebelum FiQa ke sekolah. Pada hari tu (Selasa selepas cuti Raya Korban) hati ni rasa berbunga-bunga je. Dalam fikiran tergambar akan kek yang disebut-sebut oleh FiQa tu. Tak sabar rasanya menunggu tibanya waktu lunch nak balik rumah. Mesti ada kek yang dibeli untuk aku.

Balik ke rumah dengan hampanya aku lihat semua seperti biasa. Tiada kek atau apa-apa hadiah untuk aku. Dalam hati berkata "tak apalah zila, diorang dah ucap selamat pun dah cukup. Selesai makan tengahari aku kembali ke opis semula. Tepat pukul 5 hati tiba-tiba berdebar. Haha.. masa tu terbayang kek harijadi. Mungkin ada orang nak bagi kot. Sampai di rumah dengan penuh debaran aku membuka pintu dan mendapati masih tiada apa-apa untuk aku. Kulihat ayah FiQa sedang lena di atas katil. ohhhhhhhw keciwa hatiku disaat itu. Ok Zila jangan nak berharap apa-apa lagi. Lupakan kek atau hadiah ya. Itulah suara hati disaat itu.

Dengan perasaan yang tak berapa seronok, aku pun melayan perasaan dengan menonton Drama Korea bersiri "Pasta" yang menjadi drama kesukaan aku sejak akhir-akhir ni. Menghayati drama tersebut membuatkan aku lupa kepada perasaan hampa kerana tiada kek harijadi +_+  (sebelum2 ni tak heran pun).

Dalam syok menonton tak sedar Ayah FiQa telah bersama FiQa keluar menaiki kereta. Rupanya mereka telah ke kedai membelikan kek harijadi aku. Terharu rasanya disaat mereka menyuruh aku memotong kek. Kepada mereka berdua, I LOVE U Ibu sayang korang Muaahhhhhh 




Inilah Kek Harijadiku









Merdeka & Raya 2011

 Sempena Hari Merdeka, sekolah tadika FiQa telah anjurkan Pertandingan Mewarna dan Jamuan Hari Raya untuk kanak-kanak dan Ibu bapa.Untuk pertandingan mewarna ini, ibu bapa dan anak-anak didiberikan satu lukisan untuk diwarnakan bersama-sama. Keluarga lain majoriti disertai oleh ramai ahli keluarga. Tapi FiQa hanya bertiga je +_+   Famili kecik kan...Apapun kami tetap gembira bersama. Kalah atau menang adat pertandingan. Lagipun semua yang menyertai dapat hadiah jugak...




Ini hasil karya comot FiQa Ayah &Ibu 
(dapat hadiah saguhati je)





Dua beranak sedang tekun mewarna





Ibu jadi pengajar merangkap QC 




 Ayah pulak mewarna sambil malu2 sebab hanya dua orang sahaja kalangan bapa yang ikut serta. 
Yang lain2 mcm tak berminat je.




Setelah penat mewarna kami semua menjamu selera.
 FiQa bersama sepupunya Adib menikmati Nasi Minyak.





Setelah selesai jamuan makan, tibalah ke acara penyampaian hadiah. Ibu dah agak pun tak menang. Tapi apapun semua dapat hadiah. Para Ibu bapa pun dapat tau.








Friday, 4 November 2011

Pasta..Pasta..Pasta

Ha..ha..haaaa.. Ni bukan sebab teringin nak makan pasta tapi sebab demam dengan Drama Korea di TV2 (Isnin hingga Jumaat pukul 5 ptg). Dah lama tak tengok drama korea. Entah macamana tetiba kali ni tersangkut dengan drama ni.. Aduhaiiii... Ceritanya ala-ala romantik komedi gitu.. Last tengok drama korea pun 2-3 tahun sudah. Lepas tu entah la semacam hilang mood. Kini demam cerita korea sudah kembali menimpa diri ini hahaha. Apapun ini dia antara beberapa gambar cerita Pasta yang telah diupload.





Hajat Tak Kesampaian


Alahai.... baca tajuk entry pun dah bole tau ni mesti cerita sedih... huhu ^_^
Kesian betul dengan FeeQa dan kengkawan sekolah dia. Kan aritu ade cerita kat entry sebelum ni, cikgu sekolah nak bawak diorang ke Kuala Gandah. Tup tup 2 hari sebelum tiba tarikh yang dirancang, bas yang akan membawa mereka semua (termasuklah mak bapak FeeQa ni ha) tetiba diberitahu mengalami kerosakan akibat mengalami kemalangan (langgar lembu daaaa...) huhhhh... frustnya diorang tak dapat pergi. Apa nak buat dah takde rezeki nampaknya. Walau apapun suatu hari nanti Ibu akan bawak jugak FeeQa melihat gajah. Sekarang tak boleh la sebab dah masuk musim hujan. Tak seronok kalau pergi time ni. Kalau tak dapat pergi ke Kuala Gandah, kita pergi ke Zoo ya sayang..


Thursday, 13 October 2011

Pra Rombongan Tadika ke Kuala Gandah (Part: Belum Pergi Lagi)

Pada hari Ahad ni (16 Okt. 2011), Sekolah Tadika FeeQa akan mengadakan rombongan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. 

FeeQa sekeluarga akan pergi ke sana seawal pukul 7 pagi (kalau ikut jadual la). Beberapa hari ni, bangun je tido FeeQa asik tanya pasal "melawat gajah je". "Ibu.. bila kita nak melawat gajah?"... Tak tahan dah ibu nak menjawab tiap2 hari soalan yang sama je yang ditanya. Selagi tak pergi macam tu la dia. Jangan pulak nanti dah nampak gajah, menangis...

Cerita pasal nak melawat Pusat Konservasi Gajah ni, bukan saje FeeQa yang teruja, Ibu pun sama gak. Sama2 dok menghitung hari nak ke sana. Harap2 perjalanan ke sana nanti berjalan lancar dan tiada aral melintang. 

Sambil2 ibu dok serve internet ni, saja la ibu servey2 pasal  Pusat Konservasi Gajah ni. Kat sini ibu dh paste sedikit maklumat untuk dikongsi bersama untuk yang bakal ke sana. 
(maklumat didapati daripada laman web: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah)




Ke Kuala Gandah

Sebelum mengunjungi pusat ini, anda digalakkan menelefon pihak kami untuk memudahkan urusan lawatan dan mengetahui sama ada pusat kami boleh menampung lawatan anda terutamanya jika anda disertai oleh rombongan yang besar.

Sila bawa pakaian persalinan jika anda ingin mengambil bahagian dalam aktiviti bersama gajah seperti berenang dan mandi bersama gajah di dalam sungai.

Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Semoga anda semua ceria dan gembira di atas kunjungan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

Sokongan dan Sumbangan Anda Diperlukan
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dibiayai oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Berbagai usaha dijalankan secara berterusan untuk mempertingkatkan kemudahan sedia ada samaada untuk penyelidikan dan pembangunan atau untuk pelawat ke pusat ini. Jabatan PERHILITAN berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan pusat ini sebagai pusat latihan dan konservasi gajah yang terkenal di rantau ini. Apa jua jenis bantuan dan sokongan amat dihargai.

Anda boleh membuat pertanyaan tentang bagaimana anda boleh membantu dan membuat sumbangan secara langsung dengan kakitangan pusat. Jabatan PERHILITAN telah menubuhkan Tabung Amanah Gajah bagi membolehkan sumbangan ditabungkan. Segala pertanyaan boleh dimajukan kepada kakitangan pusat atau diposkan kepada :

Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 09-279 0391
Faks: 03-279 0398


Pelawat digalakkan menyertai aktiviti yang akan bermula pada pukul 2.00 petang.


Jadual Aktiviti Pelawat

Masa
 Aktiviti
 2.15 petang
 MENUNGGANG GAJAH:
 Pelawat berpeluang menunggang gajah disekitar pusat ini.
 2.30 petang
 MANDI GAJAH:
 Pelawat boleh berenang dan mandi bersama gajah di sungai di bawah  pengawasan petugas.
 3.30 petang
 MEMBERI MAKANAN:
 Pelawat boleh membantu memberi makanan kepada gajah seperti pisang,  betik dll.
 3.45 petang
 VIDEO:
 Pelawat digalakkan menonton dokumentari mengenai proses pemindahan  semula gajah liar.